MODEL (PETROL) MIRAGE, ATTRAGE, ASX DAN LANCER

 

Model Mitsubishi BAHARU Dan Senarai Harga Terkini

 

mirage_logo_green

eco_logo

output_d8Med9

Mirage 1.2 MIVEC harga dari Rm57,0004.30 hingga Rm65,974.30 Menpunyai 5 warna yg menarik : kuning, kelabu gelap, putih, merah dan perak. Enjin MIVEC dengan kapasiti 78PS/RPM Torque 100Nm

mirage all color1

Warna yang menarik minat pelanggan : Kuning, merah, kelabu, putih dan siilver.

 

 

 

 

 

 

SENARAI INFOMASI DAN HARGA TERKINI

mitsubishi-mirage-malaysia

SENARAI INFOMASI MIRAGE

Senarai Harga Mirage Terkini

SENARAI HARGA TERKINI

 

 

 

 

 

 

 

PENJIMATAN DENGAN PLAN SERVIS YANG MENARIK

mirage maintenance cost plan

 

 

 

 

 

 

 

Mirage adalah sebuah kereta kompak yang menumpukan kepada kecekapan bahan api dan mesra alam sekitar dengan jarak perjalanan sejauh 21km/liter.Kapasiti enjin 1.2 liter di lengkapi sistem MIVEC mampu menghasilkan kuasanya sehingga 78PS dan tork puncak 100Nm @ 4,000 rpm.

output_OfteyG

 


 

attrage logo

 

 

output_ekYVqN

Attrage 1.2 MIVEC harga dari Rm60,992.15 hingga Rm77,992.15 Menpunyai 5 warna yg menarik : Biru, kelabu gelap, putih, merah dan perak. Enjin MIVEC dengan kapasiti 80PS/RPM Torque 106Nm

atrrage color

Warna yang menarik minat pelanggan : Biru, merah, kelabu, putih dan silver.

 

 

output_rAAES5

output_E50dm5

 

 

 

mirage white

MIRAGE

attrage

ATTRAGE

 

Mitsubishi Mirage dan Attrage adalah model kompak jimat petrol di pasaran Malaysia. Hanya menggunakan seliter petrol untuk perjalanan sejauh 21 kilometer mengikut kiraan ‘New European Driving Cycle’ (NEDC), tiada model lain yang mampu menyaingi model ini ketika ini. Mitsubishi Mirage dan Attrage dibangunkan di bawah konsep ‘kompak’, ‘mampu milik’ dan ‘kecekapan bahan api yang tinggi’. Mungkin ramai yang agak ragu-ragu mengenai kemampuan Mirage serba baru ini, hakikatnya ia dijana enjin dengan teknologi MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control) berkapasiti 1.2 liter yang digabungkan bersama sistem transmisi lancar dan efisien INVECS-III CVT (Continuously Variable Transmission) atau manual lima kelajuan. Enjin moden tiga silinder itu menghasilkan kuasa 78ps dan tork maksimum 100Nm. Walaupun hanya mempunyai tiga silinder dan kerapkali mendatangkan persepsi kurang baik terhadap kemampuannya, enjin 1.2 liter MIVEC yang melengkapi Mirage sebenarnya menghasilkan prestasi yang cukup memuaskan setanding enjin empat silinder yang lain. Lebih dari itu, fakta yang perlu diketahui ialah Mirage hanya mempunyai berat 850 kg untuk varian CVT dan 825 kg untuk varian manual, faktor utama yang membolehkannya mengoptimumkan prestasi enjin dan penjimatan bahan api tertinggi di dalam kelasnya. Antara yang unik ialah sistem masuk tanpa kunci (keyless entry) Smart Key dengan butang penghidup enjin (push start button), penyaman udara digital automatik, sistem audio 2-DIN dengan sambungan USB, iPod dan antara muka AUX, instrumen kluster Bright View, serta balutan kulit untuk tombol gear dan roda stereng. Ciri keselamatan aktif dan pasif untuk melindungi semua penumpang seperti ABS 4-roda dengan EBD yang dibekalkan standard, bersama-sama dua beg udara SRS depan, tali pinggang keledar ‘pre-tensioners’ dan kelengkapan ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.

output_OfteyG


 

asx logo1

 

 

output_gVmLmS

ASX 2.0L MIVEC 2WD harga Rm118,015.50 ASX 2.0L MIVEC 4WD harga Rm132,515.50 Menpunyai 4 warna yg menarik : Silver, Grey, Putih, dan Hitam. Enjin MIVEC dengan kapasiti 150PS/RPM Torque 197Nm

asx all color

Warna yang menarik minat pelanggan : Silver, Grey, Putih dan Hitam

 

 

 

 

 

 

output_y9yXaD

output_cr6E9Q

 

 

 

download

 

 

Kini model ASX CKD di datangkan dengan Varian 4WD selain turut mengekalkan varian 2WD berbanding dengan dahulunya ASX unit CBU hanya didatangkan pada varian 2WD. Sekarang ASX CKD di perkenalkan di malaysia dengan harga yang ditawarkan sangat kompetitif iaitu RM118,000 untuk 2WD dan RM132,500 bagi 4WD. Sebelum ini, ASX versi CBU yang diimport terus dari Jepun, dijual pada harga RM143,800.

ASX dibangunkan dengan kombinasi praktikaliti dan utiliti bagi sebuah SUV yang memiliki keselesaan ibarat sedan, mempunyai ciri pengendalian yang diyakini serta memberikan keseronokan pemanduan.Penjimatan terbukti dengan gaya yang lebih menonjol Mitsubishi ASX pilihan utama SUV di Malaysia kerana mempunya ‘peminat’ yang tersendiri dan ASX juga sentiasa mampu menarik perhatian golongan wanita. Keserhanaan pada ASX menjadi kekuatannya yang paling utama sebuah SUV dengan saiz kompak, menawarkan ruang dan keselesaan serta tetap tampil dalam gaya yang tersendiri.

Masih mengekalkan enjin MIVEC 2.0 liter dengan kuasa maksimum 150 PS dan tork 197 NM. Kedua-dua varian 2WD dan 4WD turut dipadankan dengan transmisi yang sama iaitu INVEC-III CVT enam kelajuan dengan Mod Sport. Untuk aspek keselamatan, kedua-dua varian ini turut didatangkan dengan tiga beg udara, ABS, EBD, pengesan hujan automatik, tempat duduk balutan kulit, navigasi, kamera undur, dan banyak lagi. Terdapat elemen ekstra untuk varian 4WD iaitu fungsi kawalan cengkaman, sistem bantuan mendaki bukit, kawalan kestabilan aktif, bumbung panoramik, pedal penukar gear, butang penghidup enjin dan kemasan krom pada gril hadapan serta lampu kabus

Mempunyai enam ciri tambahan utama yang menjadikannya lain berbanding versi terdahulu. Yang dimaksudkan ialah bumbung panoramik yang luas, sistem multimedia dengan GPS dan capaian iPod, sensor automatik bagi pengilap cermin, sistem masukan tanpa kunci, ‘cruise control’ dan paparan kontras tinggi pada meter.

Prestasi masih lagi kekal sama enjin 2.0 liter di bawah hud depan membekalkan kuasa seadanya. Namun, ia bukanlah dalam penyampaian yang sama seperti pada Lancer. Asx juga mempunyai saiz kabin yang lebih besar, muatan maksimum lima orang dewasa, rekabentuk badan yang lebih tinggi dan sebagainya.

ASX memberi pilihan lain kepada mereka yang inginkan lebih kawalan ketika memandu, terutama di dalam bersiap sedia untuk memotong dengan menggunakan pedal penukar gear (paddle shift) yang terletak dibelakang stereng untuk menurunkan gear, dengan tujuan untuk mendapatkan semula tork untuk terus menujah pantas. Kelebihan SUV yang mempunyai kapasiti tangki petrol 63 liter dan penggunakan petrol dengan lebih jimat. Sesuai dengan talaan enjin yang tidak mementingkan maklum balas enjin prestasi (kitaran RPM yang relatif rendah), tambah mengujakan jika di dalam perjalanan jauh – takat petrol pada penunjuk digitalnya sangat lambat untuk turu


 

 

lancer logo

 

 

 

output_FnMGcv

Lancer GTE 2.0L harga Rm118,888.00 Mempunyai 3 warna yg menarik : Merah, Putih dan hitam. Enjin MIVEC dengan kapasiti 150PS/RPM Torque 197Nm

lancer all color

Warna yang menarik minat pelanggan : Merah, Putih dan Hitam

 

 

 

 

 

 

 

output_y9yXaD

 

output_cr6E9Q

 

lancer1

 

Mitsubishi Lancer 2.0 GTE mempamerkan jentera penuh sporty bersama dengan sunroof yang lebih menarik. Namun yang cukup menariknya, harga yang ditawarkan oleh Lancer 2.0 GTE lebih rendah berbanding dengan Lancer GT, malah menerima lebih banyak elemen penambah baikan. Model Lancer GTE ini ditawarkan pada harga atas jalan RM118,888 (berserta insurans), berbanding RM129,025 bagi Lancer GT versi 2012. Elemen baharu seperti sistem operasi tanpa kunci (dengan tombol pemutar penghidup enjin), ISOFIX dan beg udara bahagian lutut untuk tempat duduk pemandu. Lain-lain elemen seperti mana sama dengan Lancer GT ialah dua beg udara, rim aloi bersaiz 18 inci, kid badan, lampu pencahayaan siang (DRL) LED, spoiler belakang dan lampu utama automatik halogen. Manakala bagi rekaan dalamannya turut ditampilkan dengan skrin sesentuh 6.1 inci yang turut berfungsi sebagai paparan bagi kamera undur, pedal pemboleh ubah magnesium, cruise control, sistem penghawa dingin zon tunggal dan tempat duduk balutan kulit Nappa. Lancer GTE dijanakan oleh enjin 2.0 liter DOHC MIVEC yang mampu menyalurkan kuasa maksimum 150 PS pada 6,000 rpm dan tork puncak 197 Nm pada 4,2000 rpm. Juga dipadankan dengan transmisi INVECS-III CVT enam kelajuan.

 

output_OfteyG